Pemimpin negeri di utara tanah air disyaki salah guna kuasa, kini disiasat SPRM

 

SEORANG pemimpin kanan di negeri utara tanah air dilapor sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber SPRM memberitahu, Individu itu yang tidak dinamakan disyaki melantik beberapa syarikat yang dipercayai mempunyai kepentingan dengannya bagi  projek pembekalan dianggar bernilai RM300,000.

Perbuatan itu dilakukan dari Januari 2023 hingga Mac 2024 lalu.

"Pemimpin itu juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan, yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta yang dipercayai mempunyai kepentingan dengan anak pemimpin berkenaan.

"Projek berkenaan dipercayai dimonopoli oleh anak pemimpin terbabit dengan menggunakan beberapa lesen syarikat-syarikat di bawah kawalannya," kata sumber tersebut menurut laporan media pada Ahad.

Laporan itu turut mendakwa siasatan itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Syarikat-syarikat itu turut disyaki mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran matan palsu bagi kerja-kerja terbabit selain diberikan komisyen kira-kira lima peratus daripada nilai projek.

Antara kerja-kerja yang dilakukan adalah melibatkan pembekalan air mineral serta pembekalan hamper dan cenderahati.

Sumber laporan itu turut berkata, setakat ini 15 syarikat telah dikenal pasti dikawal oleh anak pemimpin kerajaan negeri itu.

Post a Comment

0 Comments