KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) menegaskan bahawa buku teks Sejarah tingkatan 4 yang dituduh mengagung-agungkan pihak komunis melalui proses kawalan mutu yang ketat sebelum diperakukan.
Perkara itu dimaklumkan KPM susulan dakwaan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki bahawa buku teks Sejarah Tingkatan 4 memanipulasikan fakta dengan mengagung-agungkan pihak komunis sebagai pejuang kemerdekaan.
KPM berkata, proses kawalan mutu itu merangkumi pemetaan kandungan, penulisan manuskrip, penyediaan dan penyemakan pruf muka surat, naskhah sedia kamera, pemerakuan naskhah sedia kamera, naskhah contoh, apresiasi kulit buku teks dan kelulusan naskhah contoh bagi menyediakan naskhah edar.
Ia melibatkan melibatkan Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah KPM, Jawatankuasa Peningkatan Mutu Buku Teks, Jawatankuasa Pembaca Luar dan Jawatankuasa Penilaian Teknikal 4 KPM.
“Bagi mewasitkan (mengadili) fakta tertentu, KPM mendapatkan pengesahan fakta sejarah dan kandungan daripada agensi kerajaan yang terlibat seperti Arkib Negara, Muzium Negara, Persatuan Sejarah Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
“KPM menegaskan bahawa buku teks KSSM Sejarah Tingkatan 4 telah mematuhi semua proses penerbitan bagi menjamin kualiti buku teks, termasuk ketepatan fakta,” kata kementerian itu dalam kenyataan.
Asyraf dipetik laporan media sebelum ini mendakwa ia usaha terancang semasa pemerintahan Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi menanam ideologi "Malaysian Malaysia" dan membuatkan pelajar merasakan sosialis dan komunis bukan fahaman buruk.
Dia merujuk dua muka surat daripada buku tersebut, berkenaan peranan gerakan nasionalis Melayu radikal dalam perjuangan kemerdekaan dan perjuangan Malayan People’s Anti-Japanese Army’s (MPAJA) menentang penjajahan Jepun.
pada 24 April 2018, buku teks tersebut telah diteliti, disemak dan diperakui oleh panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah KPM yang terdiri daripada tujuh pakar sejarah daripada pelbagai pengkhususan dan kaum pada 24 April 2018.
"Penulis buku teks pula dipastikan mempunyai latar belakang pendidikan sejarah serta berpengalaman menulis buku teks Sejarah, menepati Tatacara Penerbitan Pakej Buku Teks Dewan Bahasa dan Pustaka," kata kementerian itu lagi.
Sebagai rekod, HARAPAN hanya berkuasa selepas menang pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei 2018 - iaitu selepas buku teks itu diperakui KPM.
![]() |
Buku teks lalui proses ketat sebelum diperakukan |
Malah bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching menegaskan HARAPAN sama sekali tidak terlibatr dalam semakan buku teks sejarah yang didakwa telah 'dimanipulasi' itu.
0 Comments