KEPUTUSAN kerajaan untuk meningkatkan nilai denda terhadap individu didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) dikritik.
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh melalui ciapan di Twitter miliknya menyifatkan denda RM10,000 yang ditetapkan sebagai kejam, keterlaluan dan tidak masuk akal.
Terutama ketika rakyat berdepan masalah ekonomi dan sebahagian telah kehilangan kerja, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu mengingatkan bahawa RM10,000 itu boleh menjadi jumlah pendapatan seseorang untuk satu tahun.
"Jumlah RM10,000 boleh menjadi pendapatan seseorang dalam setahun.
"Menteri PN boleh pula berbangga dengan pemberian beras sebagai Kerajaan Persekutuan tapi kenakan denda tak masuk akal seperti ini, hentikanlah!" kata bekas Speaker DUN Selangor itu dalam ciapan Twitter miliknya.
Sebagai rekod, Jabatan peguam negara pada Khamis muat naik Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutuan.
Ia memaklumkan individu yang melanggar SOP bagi pencegahan dan kawalan pandemik Covid-19 boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 bermula 11 Mac.
![]() |
Denda RM10,000 disifatkan tak masuk akal |
Sebelum ini, di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, memperuntukkan hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.
0 Comments