MAHKAMAH Persekutuan hari ini membenarkan rayuan Lim Guan Eng terhadap kumpulan ultra Melayu-Perkasa.
Keputusan dengan majoriti 2-1 itu mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi untuk bekas ketua menteri Pulau Pinang itu menerima ganti rugi RM150,000.
Ia susulan tindakan pertubuhan itu melabelkan Guan Eng sebagai pengkhianat kerana didakwa mendedahkan rahsia negara kepada kerajaan Singapura.
Hakim Harmindar Singh Dhaliwal yang dipetik laporan media berkata, reputasi ialah faktor, tidak kira sama ada plaintif memfailkan saman fitnah atas kapasiti peribadi atau umumnya.
Hakim Nallini Pathmanathan, yang mempengerusikan panel tiga hakim, bersetuju dengan Harmindar, yang menyampaikan penghakiman itu.
Semakan mendapati Guan Eng difitnah kononnya beliau membocorkan rahsia negara kepada kerajaan Singapura dalam suatu pertemuan dengan pemimpin PAP di negara jiran itu pada Ogos 2011.
Tuduhan itu dibuat seorang individu dari Perkasa yang kemudian disiarkan beberapa akhbar tempatan.
Turut dikaitkan dengan pertemuan itu ialah Datuk Mohamad Azman Yahya dan Datuk Seri Kalimullah Hassan, kedua-dua mereka menafikan dakwaan individu dari pertubuhan itu.
![]() |
Rayuan Guan Eng menang majoriti 2-3 |
Setiausaha Agung DAP itu menegaskan bahawa beliau tetap setia kepada negara dan tidak akan sekali-kali membocorkan rahsia negara seperti yang difitnah pihak tidak bertanggungjawab.