Ketua Menteri Pulau Pinang disuntik vaksin Ahad ini


KETUA MENTERI
Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dilapor bakal menerima suntikan dos vaksin Covid-19 pada Ahad ini.

Ia menjadikan Kon Yeow sebagai individu pertama di negeri itu yang akan menerima suntukan tersebut.

Pejabat Ketua Menteri berkata, Kon Yeow dijadualkan akan menerima suntikan tersebut pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Pulau Pinang yang bermula pada 28 Februari ini.

Suntikan diterima Kon Yeow itu juga sebagai simbolik bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Pulau Pinang.

"Selepas Kon Yeow, ia akan disusuli dengan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Razak Jaafar.

"Turut akan menerima suntikan pada hari yang sama adalah Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Asmayani Khalib dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan. Kesemua mereka akan menerima suntikan pada sesi yang sama," kata Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan semalam.

Sebanyak 16,000 dos vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada 5.35 petang menggunakan pesawat khas pada Ahad lalu.
 
Seramai 22,753 petugas barisan hadapan KKM di Pulau Pinang Pinang akan menerima suntikan vaksin bagi fasa pertama.

Exco Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar, Dr Norlela Ariffin berkata, menerusi fasa pertama, seramai 10,474 petugas barisan hadapan bukan membabitkan petugas kesihatan KKM juga akan menerima suntikan tersebut.

 Simbolik program Imunisasi di Pulau Pinang
Tambahnya, secara keseluruhanya, lebih 33,227 petugas barisan hadapan di negeri ini akan menerima suntikan vaksin bagi fasa pertama di klinik kesihatan yang ditetapkan.

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) memaklumkan bahawa pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi Pulau Pinang akan dibahagikan kepada tiga fasa membabitkan tempoh pelaksanaan selama setahun.

 

Post a Comment

0 Comments