ADUN Warisan 'lompat' parti



AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir dari  Parti Warisan Sabah (Warisan mengumumkan keluar parti.

Dipetik laporan Bernama, Hassan kini mengumumkan dirinya sebagai ADUN Bebas yang menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau memberi alasan  Warisan kononnya masih mengutamakan politik berbanding kesejahteraan rakyat.

"Saya melihat perkara yang diperlukan oleh negara pada hari ini adalah kestabilan politik." katanya dipetik laporan agensi berita itu pada Khamis.

Hassan turun menjadikan alasan tindakan Warisan menolak Belanjawan 2021 di Parlimen sebagai antara kekecewaanya.

"Segala usaha dibuat kerajaan menangani Covid-19 memerlukan peruntukan melalui bajet yang dibentangkan... cukup-cukup sudah bermain politik, masa ini kesejahteraan rakyat perlu diutamakan.
 
“Saya juga membuat keputusan keluar daripada Warisan demi membantu rakyat di kawasan yang saya wakili. Saya akan lebih senang membantu rakyat apabila menjadi ADUN bebas yang menyokong kerajaan GRS," katanya.

Susulan tindakan Hassan A Gani menyokong GRS, gabungan itu yang dianggotai parti komponen Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah kini memiliki sokongan 48 ADUN daripada keseluruhan 79 ADUN negeri tersebut.

 Hassan Gani umum sokong GRS
Untuk rekod, Kerajaan Negeri yang sebelum ini dikuasai Warisan tewas setelah Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 (PRN-16) diadakan pada September lalu.

Ketua Menteri ketika itu, Mohd Shafie Apdal memberi nasihat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin supaya membubarkan DUn setelah  bekas Ketua Menteri Sabah,  Musa Aman mendakwa mempunyai jumlah wakil rakyat yang cukup untuk mengambil alih pentadbiran dan membentuk sebuah kerajaan baharu di negeri itu.

Gabungan baharu itu yang menurut Musa akan menyokong Perikatan Nasional (PN) dianggotai beberapa ADUN termasuk yang memenangi pilihan raya diatas tiket Warisan.

Post a Comment

0 Comments