AHLI PARLIMEN Lumut menyifatkan apa yang berlaku kepada kontrak pemerolehan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), bukan sahaja bencana kepada kewangan negara tetapi juga malapetaka untuk keselamatan Malaysia.
Datuk Dr Mohd Hatta Ramli berkata apa yang mengejutkan ialah fakta bahawa reka bentuk LCS yang dipilih telah diubah oleh Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu tanpa persetujuan TLDM.
“Perubahan itu berlaku tidak sampai dua bulan selepas Zahid sendiri bersetuju secara bertulis dengan cadangan TLDM iaitu menerima reka bentuk SIGMA, sejenis kapal tempur yang telah teruji prestasinya dan memenuhi keperluan perkembangan TLDM.
“Zahid kemudian merubah memilih reka bentuk GOWIND yang dicadangkan oleh kontraktor projek iaitu Boustead Naval Shipyard (BNS).
“Perbandingan dua reka bentuk ini jelas menunjukkan kelebihan SIGMA berbanding GOWIND, termasuk kos rekabentuk SIGMA lebih rendah berbanding GOWIND,” katanya dalam kenyataan.
Selain Zahid, Mohd Hatta turut berkata perubahan perubahan reka bentuk itu juga telah dipersetujui oleh Menteri Kewangan ketika itu.
Bekas Perdana Menteri, Najib Razak adalah Menteri Kewangan ketika itu.
Sehubungan itu, Mohd Hatta yang juga Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH) juga menggesa Menteri Kewangan ketika itu memberi penjelasan atas keputusannya menyetujui perubahan reka bentuk tersebut yang dikemukakan oleh sebuah syarikat yang dikaitkan dengan perolehan kapal selam Scorpene.
“Bagi saya, di sinilah kontrak bernilai lebih RM9 bilion ini mula terdedah kepada ketirisan. Siasatan yang rapi perlu dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia seperti yang disyorkan oleh PAC.
“Bahkan saya sebagai Ahli Parlimen Lumut menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyelongkar dengan jelas skandal LCS TLDM ini,” katanya.
Datuk Dr Mohd Hatta Ramli berkata apa yang mengejutkan ialah fakta bahawa reka bentuk LCS yang dipilih telah diubah oleh Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu tanpa persetujuan TLDM.
“Perubahan itu berlaku tidak sampai dua bulan selepas Zahid sendiri bersetuju secara bertulis dengan cadangan TLDM iaitu menerima reka bentuk SIGMA, sejenis kapal tempur yang telah teruji prestasinya dan memenuhi keperluan perkembangan TLDM.
“Zahid kemudian merubah memilih reka bentuk GOWIND yang dicadangkan oleh kontraktor projek iaitu Boustead Naval Shipyard (BNS).
“Perbandingan dua reka bentuk ini jelas menunjukkan kelebihan SIGMA berbanding GOWIND, termasuk kos rekabentuk SIGMA lebih rendah berbanding GOWIND,” katanya dalam kenyataan.
Selain Zahid, Mohd Hatta turut berkata perubahan perubahan reka bentuk itu juga telah dipersetujui oleh Menteri Kewangan ketika itu.
Bekas Perdana Menteri, Najib Razak adalah Menteri Kewangan ketika itu.
Sehubungan itu, Mohd Hatta yang juga Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH) juga menggesa Menteri Kewangan ketika itu memberi penjelasan atas keputusannya menyetujui perubahan reka bentuk tersebut yang dikemukakan oleh sebuah syarikat yang dikaitkan dengan perolehan kapal selam Scorpene.
![]() |
Pendedahan oleh PAC amat mengejutkan |

0 Comments