Bekas menteri luar buat kejutan di ceramah Anwar


BEKAS MENTERI LUAR
, Datuk Seri Anifah Aman membuat kejutan apabila hadir ke Majlis ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di Sepanggar, malam tadi.

Dipetik laporan Berita Harian, Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) mendedahkan beliau sebelum ini ditawarkan jawatan oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekiranya tidak bertanding di Parlimen Kerusi Parlimen Kimanis bagi memberi laluan kepada calon UMNO.

Bagaimanapun menurut Anifah, beliau menolak tawaran itu demi berpegang kepada perjuangannya mengenai tuntutan hak Sabah, khususnya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Saya diminta di kawasan saya, Kimanis bahawa Presiden UMNO menjanjikan saya supaya jangan tanding dan bantu calon BN dan dia akan bagi saya jawatan Menteri Luar dan lantik Senator

"Itu (tawaran jawatan) bukan saya kehendaki. Apa yang saya kehendaki ialah lunaskan apa-apa termaktub dalam Perlembagaan dan MA63. Itu perjuangan saya," katanya ketika menyampaikan ucapan pada program dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Anifah berkata, beliau sentiasa meminta MA63 dan tuntutan 40 peratus hasil Sabah ditunaikan sepanjang berada dalam kerajaan sebelum ini kerana merasakan pentingnya perkara itu direalisasikan.

Beliau berkata, pengembalian hasil 40 peratus kepada Sabah mampu memberi banyak peluang kepada rakyat negeri ini termasuk pekerjaan dan pembukaan industri kecil kepada belia.

Anifah Aman letak kepercayaan pada  Anwar
Anwar yang merupakan calon perdana menteri HARAPAN sebelum ini menjanjikan bahawa beliau akan memastikan MA63 akan ditunaikan tanpa banyak karenah birokrasi sekiranya gabungan pimpinannya diberi mandat ke Putrajaya.

Sementara itu, Anifah yang meletak kepercayaan kepada Anwar untuk mengurus tadbir negara berkata, beliau akan membantu calon HARAPAN berkempen bagi mematikan gabungan itu memenangi Pilihan Raya Umum PRU15, 19 November ini.

Post a Comment

0 Comments