CALON Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi kerusi Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim mengambil keputusan menghentikan kempennya dan menukar semua pondok jentera kempennya bagi dijadikan pusat bantuan banjir.
Ia susulan beberapa kawasan dalam parlimen tersebut dilanda banjir kilat pada Jumaat susulan fenomena Monsun Timur Laut.
"Semalam kita hentikan seluruh aktiviti kempen kita, fokus kerja bantu mangsa banjir. Tak sampai 2 jam, team kempen kami hantar 1,320 pek makanan panas ke rumah-rumah mangsa.
"Hari ini, saya buat keputusan 'convert' semua pondok jentera PRU di Bukit Mertajam menjadi pusat bantuan banjir. Kita beli semua kelengkapan water boots, vest keselamatan, bekalan air minum, makanan kering, siap sedia untuk hantar dengan segera ke kawasan yang terkesan," jelasnya.
Hujan lebat yang turut di beberapa kawasan telah merencatkan perjalanan kempen bagi PRU-15 kali ini.
Di Pulau Pinang, ketua Menteri Chow Kon Yeow yang bertanding di Parlimen Batu Kawan dan penyandang Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar turut dilapor membuat keputusan membatalkan kempen bagi membantu penduduk terjejas.
Di Selangor, calon kerusi Parlimen Shah Alam, Azli Yusof dan menteri Besar turut membatalkan acaranya.
Azli pada Selasa lalu membatalkan siri ceramah mega di Padang Jawa bagi memberi laluan kepada petugas dan penduduk bersedia sekiranya banjir besar berlaku.
Setakat petang semalam, lebih 1,800 orang terjejas di semenanjung dengan jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Pulau Pinang dan Melaka terus mencatat peningkatan petang tadi, sementara Kedah dan Selangor merekodkan penurunan, manakala Johor tidak berubah.
Di Pulau Pinang, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 160 orang berbanding 117 orang pagi tadi, yang ditempatkan di tiga PPS setakat pukul 2 petang.
Sementara itu Steven Sim menyelar pentadbiran Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen dengan menegaskan bahawa amaran sebelum ini agar pilihan raya tidak dibuat ketika musim monsun terbukti benar.
"
"Berapa ramai dah bagi warning kat kerajaan ini suruh jangan buat PRU masa musim bah. Kerajaan berdegil. Demi kuasa dia buat juga tak dengar amaran. Sekarang hujan lebat, banyak tempat dinaiki air.
"Siapa susah??? Rakyat susah, pegawai kerajaan susah! Pegawai kerajaan kena buat 3 kerja! Kerja asal depa, kemudian kerja PRU dan la ni kerja bantuan banjir!!
"Kerajaan pusat gagal uruskan undi banjir, biar kita yang jaga kita.
Sementara itu, Sim memohon maaf kepada pengundi sebab terpaksa mengurangkan kempen dalam persediaan membantu mangsa banjir.

Sim ambil keputusan utamakan mangsa banjir |

0 Comments