WALAUPUN Belanjawan 2021 telah diluluskan di peringkat dasar, namun masih ada peluang untuk pihak pembangkang menyatakan pendirian mereka selepas ini, kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, ia termasuk melalui undian belah bahagi di peringkat jawatankuasa dalam minggu-minggu akan datang.
Dalam kenyataan semalam, Anwar berkata dia meminta tiada undi belah bagi dibuat supaya pengumuman menteri kewangan berhubung Belanjawan itu dapat diteliti secara mendalam.
“Ahli-ahli parlimen berhak mempersoal apakah peruntukan-peruntukan ini adalah tambahan kepada yang telah diumum atau terhasil dari pemotongan mana-mana kementerian lain, apakah jumlah sebenar belanjawan, serta kesan terhadap situasi kewangan negara, selain isu golongan yang masih mendambakan bantuan seperti pemandu teksi, pengusaha kantin dan ramai lagi.
“Beberapa mekanisme termasuk berkenaan pengeluaran dana dari KWSP dan moratorium bank juga perlu diteliti,” tegasnya.
Pada Khamis, Belanjawan sulung yang dibentangkan Perikatan Nasional (PN) diluluskan di peringkat dasar melalui undi suara meskipun sebelum ini ia menerima kritikan lantang daripada wakil rakyat pembangkang.
Rakyat mempersoal mengapa pihak pembangkang tidak menolak Belanjawan tersebut sedangkan ia dilihat sebagai peluang untuk menafikan keasbahan kerajaan dipimpin Muhyiddin Yassin.
Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ahli Parlimen agar mengutamakan kesejahteraan dengan menasihati ahli Dewan Rakyat supaya memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021.
Masih ada peluang tolak Belanjawan |
“Ini adalah tanda kesediaan Perikatan Nasional melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa, termasuk melanggar duluan parlimen,” katanya.
0 Comments