BEKAS timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye mempersoalkan keputusan kerajaan membatalkan kuarantin wajib 14 hari bagi individu datang dari Sabah yang disahkan negatif Covid-19.
Menurut Ahli Parlimen Miri itu, tindakan membatalkan perintah kuarantin wajib itu dilihat bertentangan usaha mengurangkan jangkitan virus itu terutama ketika kes Covid-19 di Sabah, dalam beberapa hari ini, merekodkan 3 angka.
Pentadbiran Muhyiddin sebelum ini dilapor membatalkan perintah itu, Kementerian Kesihatan berkata, penilaian risiko ke atas situasi Covid-19 menunjukkan trend penurunan kes di Sabah.
“Untuk mengatakan situasi di Sabah bertambah baik adalah salah,” katanya sambil menegaskan masih ada banyak kluster aktif di negeri itu.
Sebagai rekod, Dewan Rakyat pada minggu lalu kecoh setelah Ahli Parlimen Keningau, Jeffrey Kitingan hadir ke sesi perbahasan Belanjawan sedangkan beliau didakwa belum menghabiskan kuarantin kendiri sekembali dari Sabah.
Pada Rabu, Menteri Kesihatan, Adham Baba berkata, pengembara yang tiba dari Sabah dan didapati negatif tidak perlu menjalani kuarantin wajib selama tempoh seperti yang dikuatkuasakan sebelum ini dan hanya perlu menjalani ujian calitan atau 'swab' tiga hari sebelum berlepas dari Sabah ke negeri lain bermula 25 November.
Sementara itu, Dr Vikkineshwaran Siva Subramaniam, yang mengetuai Malaysian Medics International turut mengkritik keputusan menteri,
Tegasnya, sering ada risiko individu yang disahkan negatif semasa tiba dari Sabah boleh diuji positif kemudian.
Lee bantah keputusan kerajaan |
“Jangan selalu bergantung kepada kuasa lebih tinggi untuk beritahu kita apa yang perlu dibuat. Sekiranya anda yakin mungkin berisiko terhadap diri atau orang lain, tolong buat perkara betul.” tegasnya.
0 Comments