PRESIDEN Amanah Mohamad Sabu menggesa semua rakan sekutu Pakatan Harapan (HARAPAN) agar terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gesaan itu dibuat susulan suara pihak tertentu yang melahirkan rasa kecewa setelah HARAPAN membuat keputusan tidak menolak Belanjawan 2021 di peringkat dasar melalui undi belah bahagi di Dewan Rakyat pada Khamis lalu.
Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, hubungan kerjasama antara parti dalam HARAPAN terutama dengan Anwar Ibrahim telah berlanjutan sejak 20 tahun lalu dan ia sukar dipisahkan.
“Hubungan kita adalah hubungan lama sejak 20 tahun lalu, sama-sama bersusah payah dalam perjuangan yang sama.
“Apabila kita bergabung, untuk berpisah adalah sukar. Ianya mesti dipertahankan di sebalik semua pihak mempunyai kelemahan masing-masing yang boleh diperbaiki.
"Yang lebih utama bagi kita ialah kesatuan dan persahabatan,” kata bekas Menteri Pertahanan itu.
Semalam, Pemuda DAP yang kecewa apabila Belanjawan 2021 sulung Kerajaan Perikatan Nasional (PN) lulus menuding jari terhadap Anwar.
Mereka menggesa parti itu untuk keluar dari HARAPAN sekiranya Anwar tidak memohon maaf atas keputusannya menolak undi belah bahagi diadakan bagi menentukan sokongan terhadap belanjawan dikemukakan itu.
Mat Sabu tetap sokong Anwar |
Tegas Presiden KEADILAN itu, selain tidak mahu pihaknya dilihat menolak keseluruhan belanjawan termasuk yang memberi manfaat kepada rakyat, langkah itu juga bagi memastikan lebih banyak soalan dapat dikemuka di peringkat jawatankuasa.
0 Comments