Terbukti bubar Parlimen musim tengkujuh satu kesilapan - MB S'gor

 


KEJADIAN banjir yang melanda beberapa kawasan termasuk di Selangor telah membuktikan keputusan pentadbiran Ismail Sabri memohon pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sebagai tindakan silap.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Johan Setia, di Klang pada Khamis lalu, Menteri Besar Selangor itu berkata, pembubaran Parlimen member kesan dalam menangani insiden itu.

"Saya beranggapan bahawa langkah yang diambil terhadap pembubaran dan sebagainya merupakan satu langkah yang silap.

"Ia telah menyebabkan bukan hanya mangsa terganggu tetapi pegawai-pegawai, ini bukan soal ahli politik boleh kempen tak boleh kempen tetapi pegawai yang terlibat," katanya

Seramai 400 mangsa daripada 91 keluarga dipindahkan ke beberapa PPS dalam kejadian banjir kilat di sekitar daerah Klang pada Khamis.

Keadaan pada minggu lalu sangat membimbangkan susulan keadaan hujan dan ditambah fenomena air pasang yang menyebabkan risiko berlakunya banjir kilat.

Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini mereka tidak akan membubarkan DUN sehingga berakhir musim monsun timur laut walaupun Parlimen dibubarkan bagi memberi tumpuan dalam menghadapi bencana banjir.

Tindakan Ismail Sabri membubarkan Parlimen susulan desakan kuat terutama dari Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dikecam banyak pihak kerana ia dibimbangi bertembung dengan keadaan banjir.

Zahid sendiri dalam satu program Barisan Nasional berkata, pihaknya sanggup meredah banjir bagi berkempen untuk pilihan raya.

Selangor siap sedia hadapi kemungkinan banjir
Sementara itu bagi negeri Selangor, Amirudin memaklumkan, pasukan penyelamat telah bersedia untuk berdepan banjir yang telah dijangka akan berlaku pada minggu kedua November.

"Dari segi pengurusan pasukan Mencari dan Menyelamat, saya rasa kali ini lebih pantas dan dari segi menyediakan kemudahan kali ini lebih teratur dan tersusun," katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments