PARTI AMANAH negeri Kedah menggesa pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Ketua Pemuda PAS Sik Mohd Shahiful Mohd Nasir.
Ia susulan kenyataan Mohd Shahiful yang membawa kepada jalur pemikiran takfiri (sikap seseseorang yang mudah menuduh orang lain keluar dari Islam).
"Ketua Pemuda PAS kawasan Sik dalam kenyataannya kata semua pengundi kena undi Perikatan Nasional (PN), kalau undi BN atau PH akan masuk neraka.
"Dalam konteks memilih parti politik dia meletakkan sesiapa yang memilih selain daripada PN akan masuk neraka. Inilah bentuk doktrin dan pemikiran, bentuk bagaimana mereka berfikir terhadap orang lain," kata Pemangku Pengerusi Amanah Kedah Dr Ismail Salleh
Ismail ditemui media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kota Setar, Kedah, pada Sabtu.
Mohd Shahiful dalam satu rakaman video ceramah meminta pengundi di kawasan itu supaya mengundi PN dan menakut-nakutkan pengundi bahawa mereka akan masuk ke neraka jika memilih BN atau PH.
"Pesan saya kepada semua pengundi-pengundi di Sik yang nak mengundi, balik pangkah BN dan PH masuk api neraka," kata Mohd Shahiful pada klip video itu.
Susulan kecaman ramai, dia kemudiannya tampil memohon maaf kepada pihak yang tersinggung susulan kenyataannya itu.
BACA: Pemimpin PAS minta maaf lepas kena kecam
Sementara itu Ismail sikap ditujukkan Mohd Shahiful itu tidak boleh dibiarkan.
Dalam konteks sekarang, perkara itu jelasnya telah dijadikan bahan kempen PRU ke-15 sekali gus menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat apabila ia dikaitkan dengan agama, syurga dan neraka.
Tindakan seumpama itu jelasnya bukanlah kes terpencil yang bersifat secara tidak sengaja sebaliknya ia berpunca daripada pemikiran kepimpinan PAS sejak sekian lama.
"Ini bermula daripada (pimpinan) atasan PAS lagi, kalau kita tengok beberapa kenyataan daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang sendiri, dia menyebut siapa yang mengundi HARAPAN adalah mereka yang tidak beriman.
"Kalau kita ingat ini bukan perkara baru sejak 1980-an lagi. Kalau kita ingat apa yang disebut sebagai 'Amanat Haji Hadi' yang mempunyai jalur pemikiran takfiri yang dengan senang menghukum orang, mengtakfiri orang, senang untuk meletakkan seseorang dalam suatu kesalahan.
"Dalam konteks pilihan raya kali ini ia menjadikan kempen pilihan raya sebagai tempat untuk mereka melemparkan fitnah dan tindakan takfiri kepada mereka yang tidak bersama PN ," kata ADUN Pengkalan Kundor itu sambil meminta Jabatan Agama dan Hal Ehwal Islam diambil tindakan tegas.
Ia susulan kenyataan Mohd Shahiful yang membawa kepada jalur pemikiran takfiri (sikap seseseorang yang mudah menuduh orang lain keluar dari Islam).
"Ketua Pemuda PAS kawasan Sik dalam kenyataannya kata semua pengundi kena undi Perikatan Nasional (PN), kalau undi BN atau PH akan masuk neraka.
"Dalam konteks memilih parti politik dia meletakkan sesiapa yang memilih selain daripada PN akan masuk neraka. Inilah bentuk doktrin dan pemikiran, bentuk bagaimana mereka berfikir terhadap orang lain," kata Pemangku Pengerusi Amanah Kedah Dr Ismail Salleh
Ismail ditemui media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kota Setar, Kedah, pada Sabtu.
Mohd Shahiful dalam satu rakaman video ceramah meminta pengundi di kawasan itu supaya mengundi PN dan menakut-nakutkan pengundi bahawa mereka akan masuk ke neraka jika memilih BN atau PH.
"Pesan saya kepada semua pengundi-pengundi di Sik yang nak mengundi, balik pangkah BN dan PH masuk api neraka," kata Mohd Shahiful pada klip video itu.
Susulan kecaman ramai, dia kemudiannya tampil memohon maaf kepada pihak yang tersinggung susulan kenyataannya itu.
BACA: Pemimpin PAS minta maaf lepas kena kecam
Sementara itu Ismail sikap ditujukkan Mohd Shahiful itu tidak boleh dibiarkan.
Dalam konteks sekarang, perkara itu jelasnya telah dijadikan bahan kempen PRU ke-15 sekali gus menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat apabila ia dikaitkan dengan agama, syurga dan neraka.
Tindakan seumpama itu jelasnya bukanlah kes terpencil yang bersifat secara tidak sengaja sebaliknya ia berpunca daripada pemikiran kepimpinan PAS sejak sekian lama.
"Ini bermula daripada (pimpinan) atasan PAS lagi, kalau kita tengok beberapa kenyataan daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang sendiri, dia menyebut siapa yang mengundi HARAPAN adalah mereka yang tidak beriman.
Budaya Takfiri boleh pecah belah umat |

0 Comments