ISU berkaitan hak-hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan diselesaikan tanpa perlu banyak rundingan sekiranya Pakatan Harapan (HARAPAN) diberi mandat untuk mentadbir negara.
Calon perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan itu ketika berucap pada majlis Tawaran Harapan Untuk Sarawak di Kuching pada Sabtu.
"Dalam menegaskan keperluan wujudkan sistem persekutuan, maka pengagihan kuasa itu (adalah) sesuatu yang mesti dalam perlembagaan bagi negara yang dianggap persekutuan. Ini bukan soal yang aneh buat Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
"Kerjasama antara negeri dan Persekutuan (kerajaan) adalah kritikal. Berikan suara kepada calon-calon kami di Sarawak (di Parlimen) untuk kerjasama negeri dan Persekutuan bagi kami memperjuangkan hak rakyat Sarawak," katanya
Presiden KEADILAN itu turut berkata, gabungan itu juga akan turut menjalankan pelbagai usaha yang efektif dalam pelaksanaan MA63 dan bukan sekadar meluluskannya di peringkat Perlembagaan Persekutuan.
Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang hadir pada sidang media itu menambah HARAPAN menawarkan empat prinsip utama untuk memperkasakan wilayah Sabah dan Sarawak menerusi pelaksanaan MA63 dan desentralisasi kuasa kepada kedua-dua wilayah itu.
Isu MA36 mesti diselesaikan secepat mungkin |
Menurut Chong perincian mengenai kesemua prinsip tawaran itu di Sarawak yang telah dimasukkan dalam Tawaran Harapan PRU15 akan dikongsikan dengan orang ramai dalam beberapa hari lagi.
0 Comments