'Masuk neraka': pemimpin PAS minta maaf lepas kena kecam

 


SETELAH dikecam ramai, seorang pemimpin pemuda dari Parti PAS akhirnya tampil memohon maaf dan menarik semua amaran ‘akan masuk neraka’ diberikannya.

Mohd Shahiful Mhd Nasir melalui muat naik di Facebook, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik itu berkata, beliau menyedari kekhilafannya dan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan ucapannya.

Mohd Shahiful sebelum ini tular melalui rakaman berdurasi 15 saat dengan kenyataan bahawa sesiapa yang mengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan masuk neraka.

“Ingat pesan saya kepada semua pengundi di Sik yang nak mengundi ni, balik pangkah Perikatan Nasional (PN). Siapa yang pangkah BN dan HARAPAN, masuk api neraka,” kata Ketua Pemuda PAS Sik itu.

Ucapan itu difahamkan dibuat pada ceramah Perikatan Nasional (PN) di Unit Daerah Mengundi (UDM) Bendang Man dekat Sik.

Dalam permohonan maaf itu juga dia meminta orang ramai menghentikan penyebaran video yang memetik kenyataannya itu bagi menjamin keharmonian selain memastikan kempen PRU kali ini bebas daripada isu perkauman dan agama melampau.

Jangan guna agama takut-takutkan pengundi
Sebagai rekod pada September lalu, Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abu Hafiz Salleh Hudin menyatakan kebimbangan atas kecenderungan pihak tertentu menjual agama demi kepentingan dunia.
 
Bercakap dalam program Wacana Sinar Khas yang bertajuk Korupsi dan Kemunafikan Dalam Politik Melayu: Perlunya Disegerakan Transformasi Moral-Etika beliau berpandangan senario itu berlaku apabila rakyat tidak berani menegur atas kesalahan dilakukan pihak berkenaan.


 

Post a Comment

0 Comments