RAFIZI RAMLI berharap Menteri Alam Sekitar Dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man meneruskan hasrat untuk memfailkan saman terhadapnya susulan pendedahan projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion di Sungai Langat 2.
Dalam satu sidang media semalam, Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata, beliau memang "mahu ke mahkamah" kerana ada bukti yang kukuh mengenai pendedahan dibuatnya.
Mengulas mengenai skandal terbaharu itu, Razifi mendakwa projek terbabit diluluskan kerajaan secara tender terus kepada sebuah syarikat pada 7 Oktober, iaitu satu hari bekerja sebelum Parlimen dibubarkan.
Beliau turut menunjukkan surat dihantar oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Asri Hamidon kepada Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Zaini Ujang, bertarikh 7 Oktober.
Surat itu menyatakan menteri kewangan telah meluluskan agar projek tebatan banjir Sungai Langat 2 diberikan secara rundingan terus kepada syarikat yang didakwa Rafizi sebagai "kroni Umno".
"Surat dari Kementerian Kewangan ini dikeluarkan pada 7 Oktober 2022 iaitu pada hari pembentangan bajet yang lepas. Secara logiknya, tumpuan keseluruhan kerajaan, Menteri Kewangan dan Kementerian Kewangan pada hari itu ialah pembentangan bajet.
"Sebaliknya, surat ini dikeluarkan juga pada tarikh itu memandangkan menteri-menteri telah pun tahu bahawa Parlimen akan dibubarkan pada hari Isnin, 10 Oktober 2022.
"Sebab itu saya katakan bahawa projek sebesar ini telah dipercepatkan keputusannya supaya kelulusan diberikan sebelum PR15," katanya dipetik.
Rafizi tutut berkata tindakan memaklumkan ketua setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air berkenaan keputusan menganugerahkan kontrak itu hanyalah prosedur.
"Selepas itu, jika kementerian misalnya ingin mengeluarkan surat perjanjian (letter of award), mereka boleh mengelak peruntukan ini dan berkata komitmen dibuat sebelum Parlimen dibubarkan," katanya menurut laporan Malaysiakini.
Rafizi turut berkata Tuan Ibrahim mungkin cuba mengelak daripada tanggungjawab dengan mengatakan namanya tidak disebut dalam surat tersebut,
![]() |
Rafizi dakwa ada bukti kukuh |
"Sebab itu saya kecewa dengan reaksi Tuan Ibrahim dan kepimpinan PAS yang cuba memberi gambaran mereka tidak tahu apa-apa.
"Saya berharap Tuan Ibrahim tidak berselindung di sebalik satu surat tuntutan untuk mencuci tangan dari tanggungjawabnya mengenai projek ini," katanya lagi.
0 Comments