CALON bagi Parlimen Pasir Salak, Nik Omar Nik Abdul Aziz menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar sebagai pemimpin paling layak untuk memimpin Malaysia.
Bahkan menurutnya, bekas Mursyidul Am PAS yang juga bapanya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hayatnya sentiasa berdoa agar rakyat Malaysia memberi peluang kepada Anwar menjadi Perdana Menteri.
"Itu sebenarnya sentiasa didoakan oleh Almarhum ayahanda Tok Guru, dia nak tengok dan doa dia secara terbuka, boleh tengok di media sosial betapa dia minta supaya rakyat Malaysia beri peluang kepada sosok yang bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dipetik.
Justeru katanya, satu undi daripada rakyat kepada calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bukanlah undi untuk diri mereka sahaja tetapi undi bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
"Undi saya maknanya undi untuk kebaikan satu negara sebab kita sekarang ini mempunyai satu calon yang paling layak untuk memimpin Malaysia," tambahnya berkempen di sekitar kawasan Pasir Salak, baru-baru ini.
Mengulas perjalanan kempennya, Nik Omar yang baru pertama kali bertanding di kerusi Parlimen menegaskan, beliau mahu menerapkan amalam politik matang dan sejahtera sepanjang berkempen.
"Saya pun lebih kepada nak bawa budaya politik matang sejahtera, antaranya kita hormat-menghormati antara satu sama lain.
"Kita tak ambil sikap menyerang. Saya pun bawa pendekatan ayahanda tok guru, menerang bukan menyerang. Jadi saya lebih kepada menerang apa yang kita nak bawa.Pilih Anwar untuk jadi Perdana Menteri
"Pada saya sekarang nak terangkan apa yang HARAPAN nak bawa, apa yang Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu beri kepada rakyat melalui calon dia sebagai Perdana Menteri," ujarnya dipetik laporan Awani.
0 Comments