SEORANG Ahli Parlimen mahu Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu bertanggungjawab terhadap prestasi buruk pasukan Malaysia di Sukan SEA Ke-31, Hanoi 2022 dan bukannya menyalahkan atlet.
Steven Sim yang juga ahli Parlimen Bukit Mertajam dalam kenyataan berkata, Faizal harus sedar atlet negara terpaksa “bertempur” dalam keadaan kekurangan dana berikutan pemotongan hampir 80% peruntukan untuk persediaan temasya antarabangsa dalan Belanjawan 2022.
“Pihak yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas prestasi paling buruk Malaysia di Sukan SEA dalam 40 tahun ialah menteri belia dan sukan sendiri bukan atlet Malaysia yang terpaksa berjuang bawah keadaan serba kekurangan disebabkan kegagalan kepimpinan menteri.
“Kekecewaan yang kononnya disuarakan menteri tidak boleh diterima sama sekali, sedangkan banyak pihak termasuk saya sendiri telah memberikan amaran di Parlimen pada November 2021 bahawa sektor sukan negara bakal berdepan kemerosotan berikutan kegagalan kepimpinan menteri belia dan sukan serta pemotongan mendadak peruntukan sukan,” kata bekas timbalan menteri itu.
Steven sebelumnya mengulas kenyataan Ahmad Faizal yang kecewa setelah kontinjen negara tidak berada di kedudukan pungutan pingat lebih baik berbanding tempat keenam ketika ini dalam Sukan SEA Hanoi.
Biarpun sudah mencapai sasaran awal 36 pingat emas, Malaysia masih berada di belakang Vietnam, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
Sementara itu Steven berkata beliau berulang kali memberi cadangan penambahbaikan kepada Kementerian Belia dan Sukan namun tidak pernah diendahkan.
Beliau berkata, sudah tiba masanya Faizal mengambil langkah membina semula sukan negara melalui dasar perlindungan kebajikan atlet bagi mencungkil lebih ramai bakat baru, selain mengakui kegagalan kepimpinan beliau.
“Kini beliau pula menyalahkan atlet atas pencapaian yang merundum di Sukan SEA Hanoi. Menteri belia dan sukan sepatutnya memohon maaf kepada atlet dan semua peminat sukan Malaysia,” katanya.
Steven Sim yang juga ahli Parlimen Bukit Mertajam dalam kenyataan berkata, Faizal harus sedar atlet negara terpaksa “bertempur” dalam keadaan kekurangan dana berikutan pemotongan hampir 80% peruntukan untuk persediaan temasya antarabangsa dalan Belanjawan 2022.
“Pihak yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas prestasi paling buruk Malaysia di Sukan SEA dalam 40 tahun ialah menteri belia dan sukan sendiri bukan atlet Malaysia yang terpaksa berjuang bawah keadaan serba kekurangan disebabkan kegagalan kepimpinan menteri.
“Kekecewaan yang kononnya disuarakan menteri tidak boleh diterima sama sekali, sedangkan banyak pihak termasuk saya sendiri telah memberikan amaran di Parlimen pada November 2021 bahawa sektor sukan negara bakal berdepan kemerosotan berikutan kegagalan kepimpinan menteri belia dan sukan serta pemotongan mendadak peruntukan sukan,” kata bekas timbalan menteri itu.
Steven sebelumnya mengulas kenyataan Ahmad Faizal yang kecewa setelah kontinjen negara tidak berada di kedudukan pungutan pingat lebih baik berbanding tempat keenam ketika ini dalam Sukan SEA Hanoi.
Biarpun sudah mencapai sasaran awal 36 pingat emas, Malaysia masih berada di belakang Vietnam, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
Sementara itu Steven berkata beliau berulang kali memberi cadangan penambahbaikan kepada Kementerian Belia dan Sukan namun tidak pernah diendahkan.
Cadangan tambahbaik tak dipedulikan |

0 Comments