Bekas MB Johor, Osman Sapian meninggal dunia


BEKAS  Menteri Besar Johor, Osman Sapian dilapor meninggal dunia malam tadi.

Osman, 70, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya di Damansara.

Beliau adalah Menteri Besar Johor ke-16 dan yang pertama daripada Bersatu dilantik selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Allahyarham merupakan MB Johor ke-16


Pertengahan Oktober lalu. Allahyarham diserang angin akhmar, namun kemudian Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Ayer Hitam itu dilaporkan stabil, namun masih belum pulih sepenuhnya.

 
Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang ke Johor untuk urusan pengebumian hari ini.