Nafi terlibat isu Icerd, Fahmi kritik Saifuddin


KENYATAAN Saifuddin Abdullah yang cuba menjarakkan dirinya daripada isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) dikritik Fahmi Fadzil.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu berkata, semasa Pakatan Harapan (HARAPAN) menjadi kerajaan gabungan itu tidak pernah membincangkan isu meratifikasi perjanjian tersebut.

Sebaliknya menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, usaha berkenaan diusahakan oleh Saifuddin dimana pada Julai 2018, Saifuddin berjanji untuk meratifikasi enam konvensyen hak asasi manusia yang belum ditandatangani Malaysia termasuk satu daripadanya ialah Icerd.

Saifuddin ketika menjawab kritikan Fahmi itu di Twitter berkata, dia berjanji demikian kerana ia merupakan manifesto HARAPAN .

Fahmi kemudian menegaskan bahawa manisfesto HARAPAN tidak merujuk Icerd sebalikya hanya menyatakan perjanjian antarabangsa yang “sesuai” akan diratifikasi.

Malah tegasnya, hal-hal meratifikasi Icerd tidak pernah dibincangkan menerusi mesyuarat sekreteriat dan majlis presiden HARAPAN sehingga keputusa meratifikasi Icerd jelasnya mengejutkan ramai Ahli Parlimen HARAPAN.

“Backbencher tidak dibawa berbincang hal itu, begitu juga dengan sekretariat HARAPAN.

“Kami tidak boleh memberikan pandangan sama ada mahu setuju atau tidak (berhubung Icerd) dan itu yang paling bermasalah,” katanya lagi.

Untuk rekod, semasa rancangan untuk meratifikasi Icerd dikemukakan dalam kerajaan HARAPAN dulu, ia mengundang kecaman daripada kumpulan pendesak Melayu serta parti politik seperti PAS.

Fahmi kritik penafian Saifuddin 
Isu tersebut digunakan bagi membangkitkan sentimen bahawa ia akan mengancam hak kaum berkenaan.

Setelah menerima tekanan, kerajaan HARAPAN pada 23 Nov 2018 akhirnya mengalah dan memutuskan untuk tidak meneruskan usaha meratifikasi perjanjian tersebut.


Post a Comment

0 Comments