SEORANG penghantar makanan maut selepas dihempap pokok tumbang ketika hujan lebat dan ribut di Taman Len Seng, Cheras petang semalam.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa dikenali sebagai Syed Izzat Izzudin berusia 20 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP
Zulkefly Yahya berkata kejadian berlaku pada kira-kira 4 petang tadi,
ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari Jalan Damai Jasa menghala ke
Taman Len Seng, di sini, sebelum dahan dari sebatang pokok secara
tiba-tiba jatuh dan menghempap mangsa..
Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira 4.19 petang.
Lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras dikejarkan ke tempat kejadian, tetapi mangsa disahkan sudah meninggal dunia.
“Sebaik tiba di lokasi pada 4.28 petang, kita dapati mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.
“Pada masa sama, pasukan bomba turut memotong dan mengalihkan pokok tumbang, seterusnya memastikan kawasan itu dalam keadaan selamat,” katanya dipetik.
![]() |
Mangsa mengalami cedera di kepala |
Mangsa diangkat meredah hujan lebat dan ribut ke stesen minyak berkenaan sementara menunggu pasukan perubatan tiba.
0 Comments