KERAJAAN pimpinan Muhyiddin Yassin atau nama sebenarnya, Mahiaddin Bin Md Yassin dilapor menambah bilangan anggota kabinetnya dengan pelantikan seorang lagi timbalan menteri.
Media melaporkan Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Senator Guan Dee Ko hoi dilantik sebagai timbalan menteri bagi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Pelantikan itu dibuat hanya selepas tiga hari Mahiaddin membuat kenyataan yang mengakui kerajaan sudah tidak ada banyak wang.
Guan Dee telah dilantik menjadi Senator pada 16 Disember lalu.
Difahamkan, upacara mengangkat sumpah akan diadakan di Istana Negara pada jam 10.30 pagi ini di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dengan pelantikan baru itu kerajaan Mahiaddin akan mempunyai seramai 32 menteri dan 39 timbalan menteri dan menjadi yang terbesar dalam sejarah Malaysia.
Mahiaddin pada 12 April lalu dalam majlis bersama masyarakat Sikh sempena sambutan perayaan Vaisakhi di Petaling Jaya berkata, kerajaannya membelanjakan lebih RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan sejumlah pakej rangsangan untuk membantu rakyat yang terpukul akibat pandemik.
"What i am trying to say here, we don't have much money left (Apa yang saya cuba nak sampaikan di sini, kita tak banyak wang lagi yang tinggal)," kata Presiden parti Bersatu itu.
![]() |
Kabinet Muhyiddin paling besar dalam sejarah |
Turut dicadangkan agar jawatan duta-duta khas diberhentikan serta melakukan pemotongan elaun kepada pengerusi badan berkaitan kerajaan (GLC).
0 Comments