KEMUNCULAN iklan raya dipercayai diterbitkan syarikat judi atas talian yang mengajak umat Islam berjudi bagi mencari dana termasuk perbelanjaan termasuk untuk pulang beraya di kampung yang tersiar di media sosial mengejutkan banyak pihak.
Antaranya Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh yang
menjadi pemimpin politik pertama menyelar penularan video yang dianggap
telah dengan teruk menyinggung sensitiviti umat Islam di negara ini
terutama di bulan Ramadhan.
Melihat dari perspektif seorang ibu. Fuziah yang merupakan Ahli Parlimen Kuantan sememangnya mengakui naluri seorang ibu mengharapkan anak-anak mereka balik beraya, namun tegasnya tiada ibu yang sanggup sekiranya mengetahui sekiranya anaknya terpaksa berjudi untuk dapatkan duit untuk balik kampung.
“Iklan gdet333 ini boleh juga di kira sebagai menghasut umat Islam terutama anak muda untuk melakukan dosa.
"Ini amat amat bercanggah dengan kefahaman beraya yang
bermaksud kembali kepada fitrah dan bersih dari dosa dan juga masa untuk
memperoleh maghfirah atau keampunan dari Allah," kata Pengerusi
KEADILAN Pahang yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Hal Ehwal Agama) itu lagi. .
Video berdurasi hampir tiga minit di iklan media sosial itu bertemakan sambutan hari raya Aidilfitri.
Ia memaparkan sekumpulan golongan muda memakai baju Melayu, bersongkok, berbaju kurung dan bertudung mengajak umat Islam yang mencari wang lebihan untuk menghadapi raya untuk cuba menambah pendapatan dengan berjudi.
Sebagai rekod, hasil dari judi adalah haram dan perlakuannya termasuk mengajak berjudi adalah merupakan kesalahan dalam Islam. .
Sehubungan itu Fuziah menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera mengambil tindakan tegas terhadap penyiaran iklan tersebut kerana ia secara jelas telah melanggar Akta SKMM.
![]() |
Fuziah doakan anak muda tidak terpengaruh |
"Doa saya semoga anak2 muda tidak terpengaruh dengan agenda ini. Semoga baik-baik belaka menjadi anak soleh/ solehah yang berbakti serta mendoakan ibu bapa mereka," tulis Fuziah di Facebook.
0 Comments