PELAKON veteran, Abu Bakar Omar menghembuskan nafas terakhir di Kedah Medical Centre pada pukul 9.04 pagi tadi.
Berita kematian Abu Bakar,73, disahkan anak sulungnya, Mohd Zainuddin Abu Bakar seperti dilapor kebanyakkan media dalam talian hari ini.
Menurut Zainuddin bapanya meninggal dunia akibat masalah jantung, malah beberapa hari sebelum Allahyarham ada mengadu kepenatan.
"Keadaan arwah baik-baik sahaja sebelum dibawa ke hospital. Arwah berpuasa dan kelihatan sihat seperti biasa.
"Arwah ada menghidap beberapa penyakit, tetapi tidaklah teruk, hanya kolesterol dan masalah usus,"
"Bagaimanapun, arwah kelihatan penat dan tidak larat ketika berbuka puasa,Arwah hanya sempat meneguk air sahaja. Melihat keadaan arwah seperti kepenatan, adik bergegas membawanya ke KMC.
"Melalui pemeriksaan dilakukan, doktor memaklumkan jantung ayah seperti ada masalah." katanya dipetik.
Jenazah pelakon veteran itu akan diuruskan di kediamannya di Kampung Bukit Nyamuk Kuala Nerang dan dijadualkan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru Jalan Pegawai Alor Setar, Kedah petang ini.
Sepanjang kerjayanya, arwah pernah membintangi banyak filem dan drama. Antara filem, Tsu Feh Sofia, Rahsia, Fenomena, Bila Hati Telah Retak, Cinta Kolestrol dan banyak lagi.
![]() |
Abu Bakar sebelumnya mengadu keletihan |
0 Comments