NAIB Presiden Amanah, Husam Musa menafikan dakwaan beliau melepaskan jawatan sebagai protes terhadap presiden parti itu, Mohammad Sabu.
Penafian itu disuarakan Husam dalam laporan oleh portal FMT siang. “Tidak betul”, kata Husam ketika diajukan soalan mengenai laporan The Malaysian Insight sebelumnya.
Laporan itu yang memetik sumber yang mendakwa Husam menyerahkan surat peletakan jawatan 2 minggu lepas.
Menurut sumber itu, Husam tidak berpuas hati dengan kepemimpinan Mohamad yang didakwa tidak jelas sama ada menyokong bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad atau kepada Calon Perdana Menteri HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain jawatan Naib Presiden, Husam dilapor melepas jawatan sebagai pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mengesahkan perletakan jawatan Husam.
Perletakan jawatan itu disahkan melalui satu mesyuarat bulanan Jawatankuasa Amanah yang diadakan pada 6hb September lalu.
Khalid bagaimanapun menjelaskan, ia adalah bagi membolehkan Husam memberikan tumpuan kepada usaha memenangi kerusi untuk Amanah di Kelantan.
“Memandangkan kebolehan dan kemampuan beliau masih diperlukan di peringkat nasional, Jawatan Kuasa Nasional Amanah mengambil keputusan untuk meminta beliau berperanan memantau dan bertindak sebagai penasihat kepada 3 biro dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke 15, iaitu Biro Pilihanraya, Biro Komunikasi dan Biro Strategi,” katanya.
Husam sebelum ini dilihat sebagai seorang pemimpin politik yang tegas.
Bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz melihat Husam sebagai seorang pemimpin yang dilahirkan bukan hanya untuk Kelantan, namun untuk berkhidmat sebagai pemimpin Malaysia.
"Husam ni bukan Allah buat saja untuk kelantan, tetapi untuk Malaysia. Cerdik, pengalaman banyak dan berfikiran jauh kedepan," katanya dalam satu rakaman disiar di Youtube.

0 Comments