SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik di Perak dan DUN Bugaya di Sabah akan diteruskan.
Pengerusinya Abdul Ghani Salleh berkata, SPR menetapkan kedua-dua PRK itu akan adakan secara serentak, pada 16 Januari 2021.
Tarikh penamaan calon ditetapkan pada 4 Januari manakala 12 Januari sebagai tarikh mengundi awal.
Tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding hingga jam 11.59 malam, pada 15 Januari.
SPR bakal menambah baik garis panduan pencegahan Covid-19, yang digunakan semasa pilihan raya negeri Sabah ke-12 lepas, bagi kedua-dua PRK ini.
Semua aktiviti berkempen berbentuk ceramah, syarahan, kempen ziarah rumah ke rumah, walkabout atau pengedaran risalah secara bersemuka tidak dibenarkan.
Calon digalakkan berkempen menggunakan saluran media sosial, dan dibenarkan memasang sepanduk dalam kawasan pilihan raya.
Kedua-dua kerusi itu sebelum ini kosong susulan kematian penyandangnya.
Ahli Parlimen Gerik dari Umno, Allahyarham Datuk Hasbullah Osman, 65, meninggal dunia pada 16 November lalu di Raub, Pahang akibat sakit jantung.
Penamaan calon pada 4 Januari |
Untuk rekod, Manis Muka mempertahankan kerusi DUN Bugaya itu pada Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN), pada 26 Oktober lalu dengan majoriti 6,005 undi, mengatasi enam pencabarnya.
0 Comments