Kenyataan palsu dakwa Anwar tawar letak jawatan tersebar


SATU
kenyataan media menggunakan kepada surat pejabat Anwar Ibrahim yang tersebar sejak semalam adalah palsu.

Pembantu presiden KEADILAN itu menafikan kenyataan bahawa ketua pembangkang  di Parlimen itu menawarkan untuk mengundurkan diri susulan kegagalan Pakatan Harapan (HARAPAN) menolak Belanjawan 2021 di parlimen telah dikeluarkan Pengerusi gabungan itu.

"HARAPAN akan terus komited untuk memastikan bahawa belanjawan ini ditolak maka dengan itu ruang perbahasan di peringkat jawatankuasa akan digunakan sepenuhnya.

"Sebagai jaminan dan akuan sumpah saya, maka saya dengan ini bersedia untuk meletakkan semua jawatan politik saya sekiranya langkah ini gagal direalisasikan dalam masa tujuh hari," kata kenyataan palsu itu.

Kenyataan dikeluar pihak tidak bertanggungjawab itu juga menulis bahawa Anwar mengakui kekhilafan berlaku semasa undian belanjawan pada Khamis.

Kenyataan disebarkan ialah palsu
Anwar dalam satu sidang media di Lobi Parlimen sebelum ini telah menjelaskan bahawa keputusan untuk tidak meminta undi belah bahagi dijalankan adalah kerana tidak mahu pihaknya dilihat dilihat sebagai menolak pengumuman baru yang dibuat oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Mereka juga mahu menuntut lebih banyak jawapan soal kewangan ketika sesi perbahasan Belanjawan peringkat kementerian dijalankan kelak.

HARAPAN akan meminta undi belah bahagi pada perbahasan peringkat jawatankuasa ketika Dewan Rakyat meneliti belanjawan setiap kementerian.

Untuk rekod, Belanjawan 2021 telah diluluskan pada peringkat dasar melalui undi suara, ia perlu melalui beberapa undian lagi sebelum dapat diluluskan sepenuhnya.

Post a Comment

0 Comments