GARA-GARA tidak mematuhi Prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya negeri (PRN) Melaka, Presiden Umno dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka masing-masing dikenakan kompaun RM10,000.
Kementerian Kesihatan (KKM) dipetik laporan media berkata, kompaun terhadap Ahmad Zahid Hamidi dan Ab Rauf Yusoh dikenakan susulan rakaman video tular di media sosial melibatkan kedua-dua individu tersebut.
Setelah siasatan dijalankan, kedua-dua mereka didapati melakukan pelanggaran SOP semasa tempoh PRN Melaka di kawasan Masjid Tanah.
BACA: Warganet berang penyokong politik berkumpul tunggu keputusan
BACA: Menteri antara didakwa langgar tempoh berkempen
“Justeru, satu kompaun di bawah Peraturan 16 P.U(A) 293/2021, Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara) 2021 bernilai RM10,000 bagi setiap individu dikeluarkan.
“Kompaun dikeluarkan berikutan pelanggaran SOP Pencegahan Covid-19 Bagi Pelaksanaan PRN Melaka Ke-15 iaitu menjalankan aktiviti kempen ziarah rumah ke rumah serta tidak memakai pelitup muka,” kata KKM dalam kenyataan.
Kesalahan dilakukan di kawasan Masjid Tanah |
“KKM akan terus memantau pematuhan SOP dan tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun kepada individu. tambah kementerian itu lagi.
0 Comments