AMK Sarawak bidas kenyataan angkuh ADUN Asajaya


ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Sarawak hari ini membidas kenyataan  Ahli Dewan Undangan Negeri Asajaya, Abdul Karim Rahman Hamzah yang disifatkan sebagai angkuh.

Dalam kenyataan media bersama yang dikeluarkan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Saifunnizam Sam dan Timbalan Ketua AMK Sarawak, Chiew Choon Man, mereka kesal dengan kenyataan Karim yang terlalu angkuh serta menghina anak muda.

“Sifat sebegini jika tidak dibendung akan membahayakan pentadbiran sekiranya ia wujud di kalangan pemimpin-pemimpin kerajaan. Ini kerana mereka akan merasakan bahawa mereka adalah sentiasa betul dan segala keputusan yang diambil harus diikuti tanpa dipersoalkan.”

“Tidak hairanlah disebabkan sikap angkuh ini, Karim sanggup memperlekehkan peranan anak-anak muda dalam politik.” kata mereka dipetik.

Media sebelum ini melaporkan Karim melalui kenyataan memberitahu anak muda untuk tidak mensia-siakan hidup dengan menyertai politik.

Anak muda menurutnya perlu belajar, berkerja kemudian berumah tangga sebelum mempunyai pengalaman mencukupi untuk menjadi calon Pilihanraya pada usia 39, 40 atau 41 tahun.

Saifunnizam dan Choon Man sementara itu menyifatkan Karim sudah terlalu lama berada dalam jawatan tinggi dan terbiasa dengan segala hak istimewa yang dinikmati sehingga membuat kenyataan yang jauh dari orang-orang di bawah.

Karim dianggap tak jaga kebajikan anak muda


Kenyataan itu menurut mereka jelas menunjukan Karim bukanlah pemimpin yang memperjuangkan nasib dan kebajikan anak muda Sarawak.


"Bagaimanakah anak-anak muda hendak mengharapkan suara mereka didengari apabila mempunyai pemimpin kerajaan yang memandang sinis anak muda yang ingin berkhidmat untuk rakyat?" kata mereka.

Post a Comment

0 Comments