Pilihan raya atau tidak, dalaman Umno dilapor bergolak


SEORANG pemimpin kanan Umno dilapor berkata, pemimpin parti itu mahu memaksa kejatuhan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin sebelum perhimpunan agung parti 31 Januari depan.

Bagaimanapun sebahagian pemimpin parti itu berbeza pandangan sama ada pilihan raya perlu dijalankan sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu tumbang.

Memetik laporan FMT, pemimpin kanan itu berkata, ada sebahagian berpandangan kejatuhan itu tidak semestinya membawa kepada pilihan raya.

Alternatifnya, Parlimen boleh dibubarkan dan perdana menteri interim yang mendapat sokongan Ahli Parlimen dilantik oleh Agong sehingga pilihan raya diadakan.

“Kepemimpinan Umno berpecah berhubung isu kewajaran mengadakan pilihan raya sekarang, dan kemungkinan kita mencapai keputusan yang baik jika ia berlaku sekarang,” kata sumber itu seperti dilapor.

Bagaimanapun jelasnya, perbezaan pandangan itu telah menyebabkan berlaku perpecahan dalaman dalam parti itu.

PN yang diketuai Muhyiddin dilihat berada dalam keadaan tidak menentu susulan sebahagian besar bahagian Umno mendesak parti itu tidak lagi menyokong kerajaan pimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu.

Ia diburukkan lagi dengan tindakan  Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan menarik semula sokongannya terhadap Muhyiddin Yassin menjadikan hanya 111 berbanding 222 Ahli Parlimen kekal menyokong Muhyiddin.

Sementara itu, sumber sama menyifatkan penarikan sokongan Ahmad Jazlan sebagai  “kejatuhan domino pertama” kerajaan Muhyiddin.

Beliau berkata, kumpulan yang berusaha menjatuhkan kerajaan itu menyedari skeptitisme pemimpin berhubung perkara tersebut dan mahu memaksakannya sebelum perhimpunan tahunan Umno diadakan.

 Zahid didakwa ambil sikap berdiam diri


“Orang ramai menunggu arahan presiden (Ahmad Zahid Hamidi), tetapi langkah berdiam dirinya cukup jelas.


“Mereka mahu mengambil keputusan itu daripada tangan kepemimpinan kolektif kerana kewarasan mungkin akan menang pada waktu itu (perhimpunan tahunan Umno)” kata sumber itu.

Post a Comment

0 Comments