K'jaan Muhyiddin lembab, gagal selesai masalah - Anwar


KERAJAAN
Perikatan Nasional dikepalai Muhyiddin Yassin disifatkan sebuah kerajaan lemah yang gagal menyelesaikan masalah yang membelenggu negara.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika rakyat memerlukan tindakan segera, kerajaan yang ditubuhkan susulan 'Langkah Sheraton' itu hanya menawarkan penyelesaian membabitkan  “upah dan kedudukan” kepada pemimpin untuk meraih sokongan.

“Kerajaan (sekarang) sudah lemah, tak berupaya tangani masalah Covid-19 dengan berkesan, ekonomi sekarang lembap, pelaburan tak sampai….semuanya kita hadapi masalah.

“Penyelesaian mereka hanya memberi upah dan kedudukan kepada tokoh politik,” kata pengerusi Pakatan Harapan itu dipetik laporan FMT.

Tambah Anwar, keputusan Ahli Parlimen Umno yang menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin adalah langkah bijak yang boleh dilakukan kerana negara perlu beralih kepada kepimpinan baru untuk “menyelamatkan negara”.

“Kalau ada keputusan kebijaksanaan ahli Parlimen yang cukup (untuk) beralih supaya memberikan kekuatan dan kepimpinan baru, saya fikir wajar diberi perhatian dan pertimbangan.”

“Perlu ada satu sistem kekuatan keupayaan politik lebih stabil yang mampu menetapkan arah tuju negara dengan lebih berkesan.

“Ini berupaya menyelamatkan negara, bukan menyelamatkan kedudukan satu, dua orang,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu lagi.
 
Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin ketika ini goyah dengan laporan ramai Ahli Parlimen Umno dijangka menarik balik sokongan kepada perdana menteri, sekaligus menjejaskan majoritinya di Dewan Rakyat.

  K;jaan Muhyiddin tidak stabil
Dua Ahli Parlimen Umno sudah berbuat demikian, iaitu Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) dan Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang).

Akhir bulan ini, Umno akan mengadakan perhimpunan agung yang dijangka mengesahkan parti itu tidak akan bekerjasama dengan parti Bersatu dipimpin Muhyiddin.

Post a Comment

0 Comments