Parlimen digantung, tiada pilihan raya sepanjang darurat


YANG DI- PERTUAN AGONG Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan perkara berkenaan dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, Muhyiddin Yassin telah menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet berkenaan cadangan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat kepada Al-Sultan pada petang semalam.

"Al-Sultan Abdullah berpandangan bahawa penularan wabak Covid-19 di negara ini berada di tahap yang amat kritikal dan adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

"Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan," kata kenyataan itu.

 Agong perkenan pelaksanaan darurat


Difahamkan, susulan proklamasi itu, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan bersidang.


Dalam tempoh itu juga sebarang pilihan raya umum, pilihan raya kecil, dan pilihan raya negeri tidak akan dilaksanakan.


Post a Comment

0 Comments