PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) menerima kekalahan dan akan mengkaji kelemahan parti itu sehingga menyebabkan mereka tewas teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Ketua Setiausaha HARAPANH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, mereka menghormati keputusan yang telah dibuat rakyat Melaka yang memilih Barisan Nasional (BN) bagi mentadbir kembali negeri itu.
“Mandat yang diberikan kepada HARAPAN tidak sempat untuk kami lunaskan dalam tempoh lima tahun disebabkan dengan cara yang kita tahu.
“Bagaimanapun, rakyat telah membuat keputusan dan itu perlu dihormati kerana ia dibuat melalui pilihan raya, jadi penting untuk HARAPAN mengkaji kelemahan serta memahami keputusan rakyat,” katanya pada sidang akhbar.
Beliau turut berkata, kelemahan akan diperbaiki dan memperbaikinya sebagai persiapan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Sementara itu, Pengerusi HARAPAN negeri, Adly Zahari walaupun kecewa, namun menerima kekalahan itu.
“Memang kita rasa berdukacita, tapi kalau bertanding memang ada kalah dan menang, namun saya melihat antara kelemahan yang berlaku adalah peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu hanya 61 peratus, berbanding sasaran 70 peratus.
“Kita akan membuat penelitian termasuk kaedah untuk memastikan mesej parti dapat disampaikan kepada kepada rakyat dalam kita menghadapi cabaran Covid-19,” katanya.
HARAPAN terima keputusan rakyat Melaka |
Prof Dr Siva Murugan Pandian membuat jangkaan itu berdasarkan kelaziman sebelumnya.
“Dengan peratusan yang rendah, lazimnya dikatakan Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan berbanding dengan Pakatan Harapan (HARAPAN). Dan kalau kita lihat kepada 2018, untuk kita mahu jadikan sebagai nota kaki, sekitar 82 peratus memihak kepada Pakatan Harapan," katanya dipetik Astro AWANI.
0 Comments