Menteri antara didakwa langgar tempoh berkempen

AHLIMajlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Zuraida Kamaruddin dan calon Perikatan Nasional (PN) DUN Machap Jaya, Tai Siong Jiul didakwa melanggar tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) DUN Machap Jaya, Law Bing Haw yang menerima aduan orang ramai mengenai tindakan menteri itu membuat keputusan membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Alor Gajah siang tadi.

“Saya membuat laporan polis terhadap Zuraida dan calon PN kerana mereka masih lagi merayu undi dan menjalankan aktiviti di luar tempoh kempen di Machap Baru.

“Kita menerima aduan dari orang awam ketika mereka bersarapan di kedai-kedai makan di Machap Baru dan ada dapat video rakaman sebagai bukti, sebab mereka ini jelas masih lagi merayu undi dan melanggar Akta Pilihan Raya 1954.

“Dalam hari mengundi sebenarnya tidak boleh melakukan sebarang aktiviti untuk meraih undi. Ini memang salah dan sebab itu saya buat laporan polis. Saya berharap pihak berkuasa boleh mengambil tindakan selanjutnya kerana jelas telah melanggar akta,” katanya dalam siaran langsung di akaun Facebook miliknya.

BACA: Mahkamah tolak permohonan Zuraida batal saman RM10 juta


Terdahulu,  satu video yang dimuat naik di Facebook memaparkan Zuraida dan Siong Jul dilihat diikuti penyokong PN masih bertemu dengan pengundi kira-kira pukul 10.40 pagi.

Ia didakwa berlaku di Machap Baru, iaitu kawasan di bawah DUN berkenaan.

SPR dalam kenyataan semalam mengingatkan bahawa tempoh rasmi berkempen tamat sehingga tengah malam tadi dan merayu undi tidak boleh diadakan sama ada di luar pusat mengundi dan juga melalui saluran media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain.

Sementara itu turut didakwa melakukan pelanggaran tempoh kempen adalah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

memetik laporan Malaysiakini, Khairy dilapor memuat naik poster imej animasi agar memilih BN di Instagram story miliknya.

Zuraida didakwa raih undi pagi tadi
Begitu juga dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang memuat naik video berdurasi lebih lima minit di halaman Facebooknya yang memaparkan sejumlah penduduk Melaka berkenaan mengapa mereka menyokong BN.

Manakala seorang pemimpin HARAPAN Nga Kor Ming juga didakwa berkongsi beberapa poster menggesa pengundi Melaka memilih HARAPAN walaupun tempoh berkempen telah tamat.

Post a Comment

0 Comments