BARISAN NASIONAL (BN) kembali membentuk Kerajaan Negeri Melaka selepas memenangi sekurang-kurangnya 20 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi sehingga jam 10.30 malam tadi.
Kemenangan BN itu turut disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam sidang media yang mengumumkan BN telah memperolehi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan dalam PRK itu.
Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, BN memperolehi majoriti melebihi 50 peratus daripada 28 kerusi yang telah dipertandingkan.
“Setakat pukul 9.42 malam, BN telah memenangi sejumlah 15 kerusi daripada 28 kerusi yang yang diperuntukan,” katanya.
Sehingga kini, untuk keputusan tidak rasmi, Pakatan Harapan (HARAPAN) hanya memenangi lima kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi dua kerusi menerusi parti Bersatu.
PAS yang bertanding dibawah logo PN sekali gus mengulangi kekalahan ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Sebanyak 8 kerusi ditandingi parti itu dan tiada satu pun dimenangi calon PAS termasuk Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamarudin Sidek juga tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong.
Selain Kamarudin, turut kalah pada PRN ini adalah Pengerusi PN Mohd Rafiq Naizamohideen dan calon
Ketua Menteri daripada gabungan itu, Mas Ermieyati Samsudin.
BN turut rampas kembali kerusi HARAPAN |
Sulaiman dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri dalam satu majlis di Dewan Seri Utama, pejabat Yang Dipertua Negeri, Mohd Ali Rustam pada pukul 1 tengah hari esok.
0 Comments