SEORANG veteran DAP mempersoalkan rasional di sebalik kelewatan melampau dalam pelantikan setiausaha politiknya Syahredzan Johan sebagai anggota Dewan Negara.
Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata DAP telah mencalonkan Syahredzan untuk mengisi kekosongan kerusi senator itu pada September 2019 semasa era kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).
"Kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan membuat beberapa kesalahan, fikir yang mereka mempunyai masa selama lima tahun untuk melunaskan semua janji pilihan raya.
"Kini, menerusi pengakuan Muhyiddin Yassin semasa pilihan raya negeri Melaka, kita tahu bahawa terdapat desakan yang kuat dari dalam kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang cuba untuk membelakangi manifesto pilihan raya Pakatan Harapan," katanya dalam tulisan blog hari ini.
Tambah beliau, kelewatan dihadapi Syahredzan adalah berpunca dari langkah Sheraton yang menyebabkan keadaan politik negara akhirnya kucar-kacir.
"Sebagai contoh, saya tertanya-tanya mengapa ada kelewatan dalam mencalonkan Syahredzan Johan dari DAP untuk jawatan senator sedangkan keputusan itu telah diambil pada September 2019.
"Ini adalah salah satu keputusan yang tidak dapat direalisasikan akibat daripada konspirasi Langkah Sheraton pada Februari 2020," tambahnya.
Dewan Negara terdiri daripada 70 ahli yang dilantik dan menyemak undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.
Selain Syahredzan, aktivis hak asasi manusia Ivy Josiah telah dimaklumkan untuk dilantik ke Dewan Negara pada Oktober 2019.
Ketika itu, gabungan parti pemerintah HARAPAN mempunyai 26 senator manakala BN mempunyai 27 dan sekutu PAS mempunyai empat anggota Dewan Negara. 11 senator lain pula mewakili pihak berkecuali atau kumpulan berkepentingan khas.
Dilaporkan senarai panjang kekosongan kerusi Dewan Negara sengaja dibuka untuk membolehkan mana-mana kerajaan baru yang berpotensi bebas memilih menteri atau timbalan menteri untuk dilantik sebagai senator.
Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata DAP telah mencalonkan Syahredzan untuk mengisi kekosongan kerusi senator itu pada September 2019 semasa era kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).
"Kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan membuat beberapa kesalahan, fikir yang mereka mempunyai masa selama lima tahun untuk melunaskan semua janji pilihan raya.
"Kini, menerusi pengakuan Muhyiddin Yassin semasa pilihan raya negeri Melaka, kita tahu bahawa terdapat desakan yang kuat dari dalam kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang cuba untuk membelakangi manifesto pilihan raya Pakatan Harapan," katanya dalam tulisan blog hari ini.
Tambah beliau, kelewatan dihadapi Syahredzan adalah berpunca dari langkah Sheraton yang menyebabkan keadaan politik negara akhirnya kucar-kacir.
"Sebagai contoh, saya tertanya-tanya mengapa ada kelewatan dalam mencalonkan Syahredzan Johan dari DAP untuk jawatan senator sedangkan keputusan itu telah diambil pada September 2019.
"Ini adalah salah satu keputusan yang tidak dapat direalisasikan akibat daripada konspirasi Langkah Sheraton pada Februari 2020," tambahnya.
Dewan Negara terdiri daripada 70 ahli yang dilantik dan menyemak undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.
Selain Syahredzan, aktivis hak asasi manusia Ivy Josiah telah dimaklumkan untuk dilantik ke Dewan Negara pada Oktober 2019.
Apa rasional pelantikan tertangguh begitu lama? |

0 Comments