Aminuddin Zahir Ucapan Takziah Atas Pemergian Penghulu Luak Jempol


MENTERI BESAR
Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian Penghulu Luak Jempol ke 11, Datuk Paduka Lela Putra Setiawan Abd Hafit Anuar Abu Bakar.


Mewakili kerajaan Negeri Sembilan, Aminuddin mendoakan semoga roh Allahyarham diampuni dosanya serta diletakkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh, Insya-Allah.

Beliau turut berharap keluarga Allahyarham turut bertabah dalam menghadapi dugaan yang berat itu.

“Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham YM Dato’ Paduka Lela Putra Setiawan Haji Abd. Hafit Anuar Abu Bakar, Penghulu Luak Jempol atas pemergian beliau ke Rahmatullah pada petang tadi,” ujarnya menerusi hantaran terbaharu di Facebook.

Abd Hafit 64, meninggal dunia di kediaman rasmi Balai Penghulu Luak Jempol di Felda Palong 14, semalam.

Datul Lembaga Luak Jempol, Datuk Seri Amar Menteri Mohd Zubir Zakaria berkata, Allahyarham meninggal dunia pada 2 petang akibat kanser kelenjar.

Allahyarham disenangi ramai
"Allahyarham Abd Hafit Anuar sudah menghidap penyakit kanser kelenjar sejak setahun lalu.

"Jenazah dijangka dikebumikan pada 8.30 pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 14, Jempol," katanya.
 
Sebagai rekod, Allahyarham Abd Hafit dilantik sebagai Penghulu Luak Jempol ke-11 pada 28 November 2016.

Post a Comment

0 Comments