K'jaan Ireland arah tutup kelab malam


KERAJAAN Ireland mengarahkan agar semua kelab malam di negara itu ditutup sekurang-kurangnya bagi tempoh dua minggu.

Pemimpin kerajaan berkata keputusan itu antara usaha menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19) selain melaksanakan penjarakan sosial khususnya membabitkan kawasan awam.

Dalam satu kenyataan, pemerintah negara itu berkata, langkah tersebut wajar kerana kesemua kelab malam direka khas untuk menggalakkan interaksi sosial bagi mereka yang berkunjung ke kelab berkenaan.

Malah mereka turut menggesa rakyat negara itu untuk mengelak dari mengelak tempat tumpuan ramai.

"Orang ramai juga diminta untuk tidak menghadiri majlis-majlis umum atau perhimpunan di kawasan yang akan memberi risiko kepada jangkitan virus itu

"Langkah yang diambil juga adalah untuk memastikan kesihatan awam dipelihara selain mengatasi penularan wabak itu.

"Keputusan itu juga diambil selepas berbincang dengan Ketua Pegawai Perubatan memandangkan langkah kesihatan dan keselamatan awam penting dan perlu diutamakan," jelas kenyataan itu lagi.

Sementara itu, kerajaan memutuskan untuk membatalkan sambutan hari Parade St Patrick di seluruh Ireland sejak minggu lalu berikutan penularan pandemik itu.

Sehingga kini, sebanyak 170,400 kes disahkan terkena jangkitan COVID-19 di seluruh dunia dan 6,497 kes membabitkan kematian.

Post a Comment

0 Comments