Pelajar maut nahas motosikal berkuasa tinggi


GARA-GARA
mahu menunggang motosikal berkuasa tinggi, seorang palajar maut manakala rakanya cedera setelah mereka terbabit nahas.

Dalam kejadian di Jalan Tok Jembal dekat Kuala Nerus malam tadi, Wan Muhammad Kasyaf Wan Mohd Sabri, 15 maut ditempat kejadian akibat parah di bahagian badan. 

Difahamkan, ketika kejadian, dua remaja terbabit dalam perjalanan dari arah Gong Badak menghala ke arah Tok Jembal dengan menunggang motosikal jenis Kawasaki Z800.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, sebuah kereta jenis Toyota Yaris dipandu seorang wanita dikatakan keluar dari simpang di sebelah kiri jalan lalu merempuh motosikal itu.

Akibat rempuhan itu, mangsa dikatakan tercampak ke tengah jalan sebelum dilanggar sebuah kereta Proton Wira yang datang dari arah bertentangan.

Rakan mangsa, Muhammad Adam Zunaidi,16, yang cedera kini dalam rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
 
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Abd Razak Hasan, berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HSNZ untuk bedah siasat sementara rakan mangsa turut dirawat di hospital sama

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dipetik. 

Post a Comment

0 Comments