MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) menyifatkan kenyataan Peguam Negara, Idrus Harun bahawa tiada keperluan undi percaya terhadap perdana menteri baharu di Parlimen sebagai kenyataan biadap.
Dalam satu kenyataan, Majlis itu menegaskan bahawa kenyataan oleh Idrus itu melanggar semangat Perlembagaan Persekutuan, malah melanggar titah dan juga derhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong.
“Ini juga merupakan kali kedua Peguam Negara telah derhaka terhadap Seri Paduka Baginda, yang sesungguhnya amat mengecewakan dan beliau tidak layak memegang jawatan Peguam Negara,” kata kenyataan itu.
Justeru mereka mendesak Idrus meletak jawatan kerana bukan sahaja telah derhaka terhadap Seri Paduka Baginda, tetapi seolah-olah cuba mengkhianati Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen.
Idrus melalui laporan media dipetik berkata bahawa pelantikan perdana menteri baharu tidak memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak.
Dia berkata, sekiranya pelantikan perdana menteri yang baharu masih memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada baginda, ini bermakna kuasa mutlak Agong boleh diatasi oleh pihak lain.
Kenyataan Idrus bercanggah dengan titah Seri Paduka Baginda pada 18 Ogos lalu bahawa perdana menteri yang dilantik menerusi surat akuan ahli Dewan Rakyat hendaklah “secepat mungkin” mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat.
Istana Negara dalam kenyataan pada tarikh demikian, berkata langkah itu bertujuan mengabsahkan individu berkenaan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
“Seperti yang terakam di dalam kenyataan media Istana Negara bertarikh 18 Ogos 2021, Seri Paduka Baginda telah bertitah bahawa “Perdana Menteri yang telah dilantik oleh Baginda menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.”
“Titah Seri Paduka Baginda ini turut ditekankan KDYMM Seri Paduka Baginda Timbalan Yang di-Pertuan Agong, dan keperluan undi percaya ini telah dipersetujui semua ketua parti.
“Penting diingatkan bahawa Peguam Negara telah hadir, menjadi saksi malah telah mendengar sendiri titah Seri Paduka Baginda sewaktu sesi menghadap ini.
“Di manakah logik dan kewarasan Peguam Negara apabila berkata kuasa Seri Paduka Baginda melantik Perdana Menteri boleh ditidakkan dengan satu usul undi percaya di Parlimen apabila pembentangan usul undi percaya itu dititah sendiri oleh Seri Paduka Baginda?” bidas Majlis itu lagi.
Menurut kenyataan itu lagi, tindakan seseorang Perdana Menteri yang dilantik Yang di-Pertuan Agong bagi menggantikan Perdana Menteri terdahulu seterusnya mengemukakan usul undi percaya di Parlimen bagi mengabsahkan sokongan majoriti adalah tindakan yang punyai duluan (precedent) di Parlimen Malaysia.
“Undi percaya pernah berlaku pada 27 Januari 1976, 12 hari selepas Dato’ Hussein Onn dilantik menjadi Perdana Menteri bagi menggantikan Allahyarham Tun Abdul Razak, dan 3 November 2003, 3 hari selepas Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri bagi menggantikan Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad,” jelas mereka lagi.
Dalam pada itu, Majlis Presiden turut menegaskan bahawa gabungan parti pembangkang menjunjung titah Agong supaya undi percaya perlu dikemuka dan diluluskan untuk mengabsahkan perdana menteri ke-9 di Parlimen.
Kata mereka, perdana menteri tidak harus mengguna pakai nasihat peguam negara yang salah itu.
“Sekiranya perdana menteri tidak mahu mengikuti jejak langkah mantan perdana menteri ke-8 yang mengakibatkan ketidakstabilan politik apabila keabsahan beliau sentiasa diragui dan dipertikai,” kata kenyataan itu lagi.

![]() |
Idrus digesa letak jawatan lagi |

0 Comments