TIMBALAN Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mengingatkan kepimpinan baharu parti itu menggalas tanggungjawab besar bagi mengambalikan keyakinan rakyat dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU).
Berucap ketika sesi penggulungan Kongres parti itu baru-baru ini, Rafizi berkata generasi muda perlu didekati supaya mereka yakin KEADILAN adalah parti yang mampu mengubah masa depan mereka menjadi lebih baik.
“Cabaran parti bukan sekadar mahu membuktikan Umno buruk sahaja, tetapi berdepan dengan anak muda yang terkesan.
“Kita juga menghadapi golongan tua yang langsung tiada jaringan sosial untuk hidup tua dan terpaksa menanggungnya sendiri,” katanya.
Sehubungan itu beliau menggesa kepimpinan baharu memainkan peranan lebih proaktif menjadikan parti kembali gemilang atau bersiap sedia dikritik anggota parti termasuk rakyat.
![]() |
Golongan belia juga perlu didekati |
“Kita perlu mencari jalan dan pimpinan perlu menjadi lebih agresif supaya kreatif dan kembali seperti sebelum ini mendepani suara rakyat dan menyakinkan Anwar boleh mengubah masa depan,” katanya dipetik.
0 Comments