Rakyat Sabah perlu penjelasan isu tuntutan waris kesultanan Sulu


SEKUMPULAN individu dilapor mengambil mahu mengadakan perhimpunan secara besar-besaran bagi menuntut isu tuntutan waris kesultanan sulu dibahaskan di DUN Sabah dan Parlimen Malaysia.  

Ismail Ayub, w
akil kumpulan itu dipetik laporan FMT berkata keputusan itu dicapai selepas usaha menyerahkan memorandum yang menggesa perkara itu dibahaskan Dewan Negeri Sabah gagal selepas tiada wakil pejabat DUN tampil menyantuni mereka.

“Isu tuntutan terhadap Sabah banyak membabitkan isu keselamatan dan pencerobohan yang mendapat perhatian pihak antarabangsa.

"Pihak dewan perlu membahaskan isu ini kerana ia berkaitan dengan rakyat Sabah, selain berhubung kait dengan kedaulatan sempadan negeri Sabah.

“Rakyat juga perlu mengetahui perkembangan semasa berkenaan isu ini dan ianya perlu dibincangkan segera,” katanya dipetik laporan itu.

Terdahulu pada Selasa lebih 60 individu yang dkatakan daripada Solidariti Anak Sabah berkumpul sejak 10.50 pagi di hadapan DUN bagi menyerahkan memorandum itu.
 
Difahamkan, memorandum terbabit mengandungi 10 perkara termasuk bagi menggesa Speaker DUN Sabah Kadzim M Yahya membenarkan perbahasan mengenai isu itu.

Isu mengenai tuntutan waris kesultanan Sulu mendapat perhatian apabila akhbar Financial Times melaporkan aset dua anak syarikat petroleum milik negara Petronas di Azerbaijan dirampas dalam usaha mereka menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Langkah itu adalah sebahagian tindakan undang-undang yang dikemukakan pada 2017 oleh waris Sultan Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa mereka dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Petronas dalam kenyataan menjawab perkara itu memaklumkan bahawa mereka sudah melupuskan dua asetnya di Azerbaijan dan hasilnya sudah dipulangkan.

Pada Isnin, Dewan Rakyat kecoh setelah Speaker Dewan, Azhar Azizan Harun menolak usul Ahli Parlimen Kota Belut, Isnaraissah Munirah Majilis supaya usul dikemukakannya berhubung isu tuntutan waris kesultanan Sulu itu dibahaskan.

Kecewa mengenai penolakan usul berkenaan buat kali ketiga, Isnaraissah menegaskan bahawa usul itu adalah mengenai kedaulatan negara dan bukan soal remeh yang boleh diketepikan.

Isu tuntutan Sulu libatkan kedaulatan negara
"Saya ingin bertanya kerajaan, sampai tahap apa yang membolehkan bahas ini dibolehkan dalam Dewan ini? Pasal Sabahkah kamu tidak peduli, sebab Sulu tuntut Sabah saja, bukan negeri lain," katanya yang mendapat sokongan Ahli Parlimen pembangkang lain termasuk dari Pakatan Harapan.

Difahamkan, Azhar ketika menolak usul itu pada Isnin memberi alasan bahawa ia subjudi, walau bagaimana pun dipetik laporan lain pada Rabu, Azhar berkata tindakannya menolak usul bagi membahaskan isu tuntutan itu adalah kerana tidak mahu mendedahkan strategi pasukan perundangan kerajaan kepada pihak musuh.

Post a Comment

0 Comments