TINDAKAN kerajaan melanjutkan tempoh konsesi Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dikritik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang itu pada perbahasan di Dewan Rakyat berkata, lajutan kepada syarikat yang mempunyai kuasa memonopoli import beras itu wajar dihentikan supaya peladang, petani dan pesawah padi di negara ini mendapat manfaat langsung.
“Satu syarikat mempunyai monopoli dengan keuntungan ratusan juta ringgit. Mengapa tidak boleh dibantu petani melalui Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) atau pertubuhan-pertubuhan peladang.
“Mengapa diteruskan dasar monopoli memberikan orang kaya mengaut keuntungan padahal kita bicara tentang usaha mengurangkan beban kepada rakyat,” katanya.
Anwar sebelumnya bertanyakan soalan kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee berhubung keputusan lanjutan itu.
![]() |
Monopoli kayakan golongan sedia kaya |
Ronald mendakwa keputusan itu tepat dalam menampung bekalan beras dan menguruskan bekalan beras dalam negara supaya sentiasa stabil.
Sementara itu ketika bercakap kepada pemberita di Parlimen, Anwar berkata Bernas meraih RM1.2 bilion pada 2018, RM1.3 bilion pada 2019 dan RM798 juta pada 2020.
Justeru tegasnya kira-kira 150,000 pesawah miskin di seluruh negara harus dibenarkan berkongsi keuntungan daripada import beras yang kini dimonopoli oleh Bernas.
" Monopoli akan membunuh pesaing lain dan mengakibatkan kenaikan harga. Jadi kita sebut tadi kita patut ada tender terbuka.
"Nombor dua, bagi petani termiskin dari Sabah ke Sekinchan (di Selangor) ke Kelantan, benarkan mereka mempunyai sedikit ekuiti supaya keuntungan yang besar itu dapat memberi manfaat kepada mereka secara langsung,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.
0 Comments