Rafizi dakwa kluster mahkamah Umno atur strategi selamatkan diri


TIMBALAN
Presiden KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli mendakwa keghairahan Najib Razak mahu Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan segera berpandukan motif peribadi.

Dipetik laporan Malaysiakini, Rafizi berkata Najib sedang berlumba dengan masa. jelasnya kerana semakin lambat PRU diadakan, kemungkinan untuk bekas Perdana Menteri itu merengkok dalam penjara semakin menjadi kenyataan.

Najib dakwa  Rafizi menggesa pilihan raya umum diadakan segera agar dia dapat bebas melalui pengampunan diraja.

“Najib berharap pilihan raya lebih awal boleh menempatkan semula Umno di Putrajaya dan parti itu akan mendesak pengampunan diraja sebelum rayuan terakhirnya.

"Ironinya walaupun dia boleh berbohong, (dengan mengatakan) dia tidak mencuri apa-apa wang untuk memperdaya penyokongnya, desakannya untuk pilihan raya segera adalah pengakuan bersalah secara diam-diam kerana ia mengesahkan strateginya untuk bergantung kepada pengampunan jika Umno kembali," kata bekas Ahli Parlimen Pandan itu dipetik.

Disember lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun Najib berhubung kes SRC International, anak syarikat 1MDB. Bekas Presiden Umno itu diberikan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan.
 
Najib dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, pada konvensyen BN baru-baru ini berkata pilihan raya tidak boleh ditangguhkan kerana inflasi atau kepentingan peribadi.
 
Bagaimanapun, Rafizi mendakwa Najib dan Zahid yang dibicarakan atas tuduhan rasuah bersama-sama "kluster mahkamah" Umno sedang mengatur strategi demi kepentingan diri sendiri.

Rafizi dakwa Najib cuba selamatkan diri
“Jelas sekali Najib dan Zahid berada dalam keadaan panik. Mereka sanggup menimbulkan keretakan dan ketidakstabilan dalam Umno semata-mata untuk mengelak daripada dipertanggungjawabkan atas perbuatan mereka semasa dalam kerajaan.

"Sudah menjadi rahsia umum, bahawa ‘kluster kabinet’ Umno, yang diketuai oleh perdana menteri, menentang pilihan raya umum awal.

“Najib dan Zahid beranggapan orang ramai mudah tertipu dan tidak akan melihat bahawa mereka mendesak ini untuk menyelamatkan diri.," katanya.

Post a Comment

0 Comments