SETIAUSAHA AGUNG Parti Keadilan Rakyat ( KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail membidas kenyataan bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir yang cuba menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan tidakannya meletak jawatan perdana menteri.
Dipetik laporan media, Saifuddin yang juga ahli parliman Kulim Bandar-Baharu berkata Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Feb 2020 tanpa membuat perbincangan dengan pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN)
Saifuddin turut mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen Langkawi itu sering menyalahkan orang lain atas tindakannya sendiri.
"Dia hilang jawatan akibat perbuatan sendiri yang silap. Jika dia mengakui kesilapannya dia akan lebih dihormati," kata Saifuddin.
Mahathir semasa wawancara bersama Utusan Malaysia bahawa dia masih lagi perdana menteri. dia mengaitkan sokongan diperoleh Anwar ketika 'krisis politik' telah menyebabkannya dan Anwar sama-sama tidak mendapat majoriti untuk dilantik perdana menteri.
Sementara itu Saifuddin ketika mengulas dakwaan Mahathir turut berkata bahawa dakwaan dibuat Mahathir itu tidak sepatutnya berbangkit. HARAPAN tegasnya telah bersetuju agar Anwar menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri seperti dipersetujui mereka sebelum pilihan raya.
"Tidak timbul Anwar tak sokong. Perjanjian sebelum PRU14 ialah Dr Mahathir jadi perdana menteri ketujuh. Anwar, KEADILAN dan Pakatan Harapan menunaikan janji. Mahathir tak tunai janji serah kuasa kepada Anwar
"Mahathir sendiri tidak tunai janji untuk melepaskan jawatan PM kepada Anwar. KEADILAN tidak pernah janji sokong Mahathir sebagai PM kelapan.
"Jika, Mahathir tunai janji, tidak timbul Anwar tak cukup majoriti," katanya.
0 Comments