ABIM bimbang trend beri jawatan lantikan bertaraf menteri


ANGKATAN
Belia Islam Malaysia (ABIM) menyatakan rasa khuatir bahawa lantikan bertaraf menteri akan menjadi hadiah saguhati politik kepada mana-mana ahli politik yang menyokong seseorang menjadi Perdana Menteri.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz begitu ketika mengulas berkembangan muktahir ini yang menyaksikan beberapa pemimpin politik `pro kerajaan diberi jawatan sebagai duta khas, penasihat malah pengerusi yang bertaraf menteri.

Dipetik laporan media Muhammad Faisal berkata, tindakan Perdana Menteri yang secara wewenang melantik ramai individu memegang sesuatu jawatan bertaraf Menteri pasti akan memberi kesan buruk kepada amalan demokrasi dalam negara.

Lantikan itu pada pandangannya seolah-olah menjadi budaya baharu politik negara yang bukan sahaja memberi kesan kepada tatakalola kerajaan yang baik serta membawa implikasi besar terhadap kewangan negara.

“Dalam masa yang sama, perkara-perkara asas meliputi batasan lantikan dan akauntabiliti seperti dinyatakan harus dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan agar mereka turut sama memikul tanggungjawab yang termaktub dalam doktrin ministerial responsibility serta prinsip collective responsibility seperti yang wujud dalam Perkara 43 (3) Perlembagaan Persekutuan,” kata Faisal lagi.

Sehubungan itu, ABIM, katanya menggesa kerajaan membentangkan garis panduan sebenar berhubung lantikan tersebut meliputi syarat keperluan, dasar kebertanggungjawaban dan akauntabiliti terhadap Parlimen.

ABIM turut menuntut perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob memberi penjelasan berhubung batasan lantikan agar pihak kerajaan bersifat jujur dan telus kepada rakyat sebelum sebarang lantikan dibuat.

Selepas dikritik kerana mengekalkan jumlah menteri yang ramai, mesyuarat Kabinet pertama kerajaan Ismail Sabri minggu lalu memutuskan untuk terus menyambung pelantikan Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri.

Turut disambung adalah pelantikan Presiden Demokratik Progresif Sarawak Tiong King Seng sebagai Duta Khas ke China dan Timbalan presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Richard Riot sebagai Duta Khas ke Asia Timur.

Lebih mengejutkan, Mahiaddin Md Yasin yang meletak jawatan perdana menteri selepas dihujani kritikan berhubung kegagalan kerajaannya menangani Covid-19 dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

Apa motif beri jawatan bertaraf menteri?
Semasa zaman pentadbiranya, Mahiaddin pernah mewujudkan jawatan penasihat bertaraf menteri, ia diberikan kepada Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu yang kini dilantik sebagai menteri belia dan sukan.

Ahmad Faizal merupakan bekas Menteri Besar Perak yang dijatuhkan melalui usul undi percaya dibawakan sekutunya Umno ke dalam DUN Perak pada Disember 2020.

Post a Comment

0 Comments