Prestasi baik kerajaan mampu pengaruhi keputusan PRN


MAKLUM
balas positif masyarakat terhadap kepimpinan dan prestasi Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menyuarakan keyakinan itu susulan kaji selidik dijalankan firma tinjauan pendapat awam, Merdeka Center yang mendapati hampir 3/4 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun jelasnya, pihaknya tidak hanya bergantung semata-mata kepada prestasi ditunjukkan kerajaan, sebaliknya persiapan menghadapi PRN turut akan diperkukuh.

"Sudah pasti segala persiapan bagi menghadapi PRN sedang dirangka untuk merancakkan lagi kempen tapi dalam masa sama kita mesti berdepan dengan realiti untuk bersama-sama bagi tumpuan kepada pembangunan negara.

"Saya percaya ada keseimbangan di situ namun persiapan kita telah bermula dan saya harap rakyat dapat buat penilaian kali ini untuk kembalikan keyakinan kepada kerajaan perpaduan," katanya.

Shamsul ditemui media selepas menghadiri majlis pelepasan anak benih projek komuniti 'farm to farm' ternakan ikan keli lestari di Bukit Langkap, Penanti pada Sabtu.

Turut hadir adalah EXCO kerajaan negeri, Dr Norlela Ariffin yang juga ADUN Penanti.

Sebahagian besar puas hati dengan prestasi kerajaan
Merdeka Center dalam tinjauan membabitkan 1,209 pengundi pelbagai kaum itu dijalankan bermula 26 Disember hingga 15 Januari lalu mendapati 68 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri selepas dua bulan menerajui negara.

Kajian itu juga mendapati, 54 peratus responden berpuas hati dengan prestasi baharu kerajaan Persekutuan dan hanya 25 peratus menyatakan tidak berpuas hati.

Post a Comment

0 Comments