PENERBIT sambilan rancangan sukan dilapor maut, manakala anak lelakinya cedera selepas kereta dinaiki mereka dirempuh pemandu lelaki disyaki mabuk.
Dalam kejadian di Jalan Klang Lama semalam, Mohd Hezle Mohd Helan, 44, yang terbabit membuat liputan Sukan SEA 2019 di Manila baru-baru ini, maut di lokasi kejadian apabila kera jenis Honda City dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Anak Mohd Hezle berusia sembilan tahun yang turut berada dalam kenderaan itu patah paha kanan dalam nahas kira-kira jam 1.05 pagi itu.
Sementara itu, abang Allahyarham, Mohd Helme berkata, kemalangan turut mengakibatkan kereta jenis Honda City dipandu adiknya itu terbakar.
“Saya difahamkan kemalangan itu apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kereta arwah. Pemandu pacuan empat roda itu disyaki dalam keadaan mabuk.
“Adik saya meninggal dunia di lokasi, anaknya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Helme memaklumkan, Allahyarham baru pulang dari Filipina selepas terbabit membuat liputan Sukan SEA 2019 di Manila.

0 Comments