DASAR kerajaan yang terus berpihak terhadap kartel perlu diubah supaya lebih berpihak kepada rakyat, tegas Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengambil contoh kepada monopoli import beras oleh kartel yang mengaut keuntungan besar sehingga meminggirkan nasib golongan pesawah, Anwar berkata dasar seperti itu perlu diubah segera dan ia akan dilakukan sekiranya diberi mandat mengetuai kerajaan sebagai perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.
"Siapa import beras? Bernas (Padiberas Nasional Berhad). Berapa untung setahun? Untung RM400 juta hingga RM500 juta.
"Apa cadangan kita? Cadangan kita untung syarikat Bernas ini bagilah sebahagian besar kepada pesawah-pesawah padi, depa miskin, menkedarah (makan) tak cukup. Pasal apa yang bagi seorang monopoli?
"Pasal apa tak bagi kepada persatuan-persatuan peladang, persatuan pesawah padi. Tak ada," tegas pada sesi ceramah di Parlien Kulim Bandar Baharu, Kedah.
Anwar sebelum ini sering membangkitkan isu monopoli badan-badan tertentu yang tidak berkongsi keuntungan dengan rakyat.
Calon perdana menteri itu sebelum ini pernah mencadangkan syarikat pengeluar minyak masak supaya memotong sedikit keuntungan mereka bagi produk yang dijual dalam negara. Langkah itu jelasnya dapat meringankan beban kos hidup yang dihadapi rakyat terbanyak.
Sementara itu Anwar dalam ucapannya membidas sikap perdana menteri sebelum ini yang dakwanya tidak berani berdepan dengan 'taukey besar' bagi membincangkan isu harga barangan.
"Muhyiddin buat? Tak berani, Ismail Sabri? Lagi tak berani. Umno, BN, PN dasarnya pertahankan kartel, tauke-tauke kaya.
"Bersyarah hidup Melayu, Melayu apa? Melayu hangpa mentekedarah, Melayu bawah tak dapat apa.
Dasar berat sebelah akan dihapuskan |
"Bagi kita insya-Allah kita akan tukar kartel ini, import beras untungnya kita bagi pada kepada pesawah padi. Buat apa jadi perdana menteri kalau bacul, tak berani berdepan dengan tauke-tauke besar," katanya dipetik.
0 Comments